A.
Nama –
nama Al-Qur`an
·
Al-Kitaab (اﻟﻛتاب) bermaksud sebuah kitab berdasarkan
firman Allah:
الم
Alif laam miim. (
QS.Al-Baqarah : 1 )
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Kitab (Al Quran) ini tidak
ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (
QS.Al-Baqarah : 2 )
·
Al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ)
bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:
تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِ لِيَكُونَ
لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا
Maha suci Allah yang telah
menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi
peringatan kepada seluruh alam, ( QS.Al-Furqaan : 1 )
·
Adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ)
bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kami-lah yang
menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. ( QS.Al-Hijr
: 9 )
·
At-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ)
bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:
وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar
diturunkan oleh Tuhan semesta alam, ( QS.Asy-Syu'araa : 192 )
B.
Sifat –
sifat Al-Qur`an
·
An-Nuur bermaksud
cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya)
kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam
kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang
menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya.
Firman Allah:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمْ بُرْهَانٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ
نُورًا مُبِينًا
Hai manusia, sesungguhnya telah datang
kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu. (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah
Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Quran). ( QS.An-Nisaa
: 174 )
·
Al-Mubiin bermaksud
menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia
menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:
يَا
أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِمَّا كُنْتُمْ
تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ ۚ قَدْ جَاءَكُمْ
مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang
kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu
sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang
kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. ( QS.Al-Maidah
: 15 )
·
Al-Huda bermaksud
petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang
lurus kepada umat manusia. Firman Allah:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي
الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Hai manusia, sesungguhnya telah datang
kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang
berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. ( QS.Yunus
: 57 )
·
Ar-Rahmah bermaksud
kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat
kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi
kandungannya. Firman Allah:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي
الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Hai
manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan
penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta
rahmat bagi orang-orang yang beriman. ( QS.Yunus : 57 )
Sumber : Wikipedia
No comments:
Post a Comment